Friday, 12 July 2024

IT'S ME, AND I AM 25 YEARS OLD

 Assalamualaikum semua,

Lama sangat tak update blog kan? maklumlah, semakin dewasa, semakin sibuk dengan kerjaya sendiri. Kadang-kadang, memang terasa penat sangat tapi Alhamdulillah.. lebih baik sibuk bekerja daripada tiada kerja.. kan? 


Hari ini, 13.07.2024, aku sudah berumur 25 tahun. Cepat sangat masa berlalu. Kali terakhir aku update blog sendiri tahun 2019. Banyak sangat cerita yang aku nak cerita sebenarnya tapi takut tak habis haha! 

Alhamdulillah, tahun ni dah masuk tahun ke 4 aku kerja. Syukur pada Allah. tapi percayalah, setiap tahun ada saje rasa nak berhenti sebab stress sangat. Kerja banyak tapi pekerja tak ramai. Memang tak boleh handle. Baru-baru ni, Alhamdulillah tempat kerja aku dah ramai pekerja dan aku takde rasa terbeban sangat dengan kerja sebab masing-masing tahu tanggungjawab dan saling berkongsi kerja, jadi kerja tu tak rasa berat sangat kita nak pikul sorang-sorang. Alhamdulillah, tahun ni dikurniakan teammate yang sangat best, supportive, sporting, masuk air segala macam lah haha.. 


Jujur pada mulanya, aku tak kuat untuk teruskan kerja kat situ tapi Allah Maha Kuasa, Dia masih tetapkan rezeki aku kat situ. Aku ikut saje perancangan Allah walaupun perit tapi kena juga terima. Ikhlas kerana Allah Taala. 

Macam-macam dugaan dah aku lalui sepanjang 4 tahun aku bekerja. Pernah kena marah dengan boss sampai boss sendiri nangis, tengking ish macam macam lah. Saat itu, aku memang rasa down, sampai aku rasa tak tau mana lagi nak letak muka ni bila dah buat salah. Tapi aku redha, hidup harus diteruskan. Hari berganti hari, aku memutuskan untuk letak jawatan sbg budak "sales", sebab aku sangat stress diasak dengan pertanyaan "harini dapat job tak?" "ada respond tak daripada mana2 jabatan?" daripada boss. Hampir setiap hari. 

Sebab apa aku stress? aku lah serve customer, aku lah pegi production house uruskan baju customer, aku lah yang cari sales. Orang lain nampak aku boleh multitasking, tapi tak semudah itu. Di situlah di mana kelemahan aku mula terlihat. 

Fast forward, setahun berlalu. Tepat setahun aku menjadi budak "sales", aku decide untuk tukar jawatan aku ke jawatan lain. Sebab? aku tak tahan. Aku dengan sendirinya men'downgrade'kan diri aku sebab aku lebih prefer kesihatan mental dan fizikal daripada duit. Memang gaji budak "sales" tinggi tapi kerjanya pun mencabar. Tak semua orang boleh buat termasuk aku. Aku mengaku kalah.

Masuk tahun ke 4, bulan April 2024..aku bermula dari bawah semula. Alhamdulillah, itu pun satu rezeki juga kan? aku sekarang memegang jawatan sebagai Supervisor Production. Nampak macam hebat kan? tapi hakikatnya gaji basic je huhu. 

Alhamdulillah, sekarang hidup aku lebih tenang (buat masa ni) dan lebih teratur. Aku lebih suka circle aku yang sekarang, masing-masing saling memahami dan saling bekerjasama. Alhamdulillah semuanya okay. Moga mental aku terus kuat untuk hadapi semua. 

Tu je cerita yang aku nak kongsi, ada masa lagi aku cerita lagi. Umpama diari la kan? hehe. Till next time semua <3