Assalamualaikum💚 feels good to be back in writing again...
aku baru lepas tengok web drama korea. Title "somehow 18". episod dia tak banyak tapi agak sedih sebab cerita ni pasal kawan and family but more to friendship to someone that we love. Sanggup patah balik masa untuk betulkan keadaan sebab taknak orang yang dia sayang mati. Dan akhirnya. dia dapat ubah masa lalu tapi orang yang dah bertukar. "past life can be changes, but it could be different actors". Bila dah habis tengok web drama tu, aku terus rasa rindu dengan seseorang yang aku pernah benci dan sayang tapi dia dah pergi buat selamanya. Kalaulah aku dapat tau dari awal dia sakit, mesti aku buat baik dengan dia kan? tapi malangnya, penyakit dia tak boleh diubati. It was not my luck to spend my life with him. Aku dapat tau dia ada penyakit leukimia masa kitorg sama2 darjah 6. Dia kadang2 keluar masuk hospital buat check up. Tapi aku rasa aku yang terlalu stupid sampai aku tak tau langsung yang penyakit leukimia tu boleh bawa maut. Masatu aku ingat penyakit tu cuma penyakit biasa je. Haihh bodoh kan aku?
Aku teruskan hidup dengan minda yang tah kemana. Kalau lah aku ada kuasa untuk aku patah balik masa, aku nak jumpa dia, aku nak bagitahu dia yang aku rindu dia sangat. Rindu yang tak dapat digambarkan. Aku nak minta maaf dengan dia sebab pernah buat dia sakit hati, buat dia nangis. Ya Allah berdosanya aku... aku tak sempat minta maaf dengan dia walau sekali. Rasa bersalah tetap ada sampai sekarang. Takkan pernah hilang dalam diri ni. Dulu masa sekolah rendah, kawan lelaki yang aku rapat ada 2 je. Arwah Ahmad dengan Aidil. 2 orang ni la yang selalu buat hidup aku happy walaupun kadang2 menyakitkan hati tapi kenangan semua tu la paling aku rindu. Gelak sama2, nangis, gurau kasar, semua aku rindu..
Aku dapat tau dia meninggal sebelum pergi sekolah. Ada orang hantar sms(maybe ahli keluarga) kata dia dah meninggal. Aku tak dapat tahan air mata. Aku terus nangis tanpa diketahui oleh ibu ayah. Apa yang buat aku terkilan sangat, aku tak dapat tengok arwah buat kali yang terakhir. Mungkin takde rezeki. Sampai sekarang aku tak tau mana kubur arwah. Teringin sangat nak pergi rumah kedua dia. Nak bercakap dengan dia puas2 seolah2 dia ada, lepaskan rindu..
Aku rindu cara dia bergurau kasar, cara dia pujuk aku kalau aku merajuk. Everything about him sumpah aku rindu. Before dia meninggal kitorg ada jugak contact tapi kat fb je. Conversation yang singkat. Dia pernah cakap yang dia dah pindah sekolah, dia pindah sekolah kat KL. Kecewa and sedih mesti ada. Tapi rupanya, dia nak pindah ke tempat yang lebih baik dari dunia ni. Subhanallah Mad, kenapa kau tak cakap dengan aku yang kau hampir nak pergi? kenapa aku kena dapat tau selepas dia dah takde?! Hati aku tak tenang langsung..
Tapi, walaupun aku diberi peluang untuk patah balik masa, aku takkan dapat halang dia daripada pergi dari dunia ni, tapi aku pasti akan ada dengan dia sebelum dia pergi. Aku nak luangkan masa dengan dia sebelum dia pergi. Buat semua benda dengan dia...aku taknak sedih malam2 ni, aku taknak buat arwah risau. Biar arwah tenang kat sana. Aku yakin arwah tengah happy sekarang kat syurga Allah sana, kan Mad? 💖
Biarlah rindu aku pendam sendiri. Takde sape akan faham macam mana rindu aku pada kau Mad. Aku harap kau tenang kat sana. Doakan aku dapat jumpa kau eh Mad? Insyaallah kalau ada rezeki aku jumpa kau. Sayang kau sahabat dunia akhirat 💖 Kita contact dari jarak jauh je ya..☹
Aku dah lama nak tulis semua ni tapi aku takut aku tak mampu, tapi malam ni aku gagahkan juga diri untuk aku tulis apa yang terpendam lama dalam hati. Akhir kata, Kenangan tidak boleh dipadam walaupun orang yang ada dalam kenangan itu sudah tiada...
Al-fatihah..
Arwah Ahmad NurFadli Shah.
24/8/1999 - 28/7/2013 ☹