Friday, 12 July 2024

IT'S ME, AND I AM 25 YEARS OLD

 Assalamualaikum semua,

Lama sangat tak update blog kan? maklumlah, semakin dewasa, semakin sibuk dengan kerjaya sendiri. Kadang-kadang, memang terasa penat sangat tapi Alhamdulillah.. lebih baik sibuk bekerja daripada tiada kerja.. kan? 


Hari ini, 13.07.2024, aku sudah berumur 25 tahun. Cepat sangat masa berlalu. Kali terakhir aku update blog sendiri tahun 2019. Banyak sangat cerita yang aku nak cerita sebenarnya tapi takut tak habis haha! 

Alhamdulillah, tahun ni dah masuk tahun ke 4 aku kerja. Syukur pada Allah. tapi percayalah, setiap tahun ada saje rasa nak berhenti sebab stress sangat. Kerja banyak tapi pekerja tak ramai. Memang tak boleh handle. Baru-baru ni, Alhamdulillah tempat kerja aku dah ramai pekerja dan aku takde rasa terbeban sangat dengan kerja sebab masing-masing tahu tanggungjawab dan saling berkongsi kerja, jadi kerja tu tak rasa berat sangat kita nak pikul sorang-sorang. Alhamdulillah, tahun ni dikurniakan teammate yang sangat best, supportive, sporting, masuk air segala macam lah haha.. 


Jujur pada mulanya, aku tak kuat untuk teruskan kerja kat situ tapi Allah Maha Kuasa, Dia masih tetapkan rezeki aku kat situ. Aku ikut saje perancangan Allah walaupun perit tapi kena juga terima. Ikhlas kerana Allah Taala. 

Macam-macam dugaan dah aku lalui sepanjang 4 tahun aku bekerja. Pernah kena marah dengan boss sampai boss sendiri nangis, tengking ish macam macam lah. Saat itu, aku memang rasa down, sampai aku rasa tak tau mana lagi nak letak muka ni bila dah buat salah. Tapi aku redha, hidup harus diteruskan. Hari berganti hari, aku memutuskan untuk letak jawatan sbg budak "sales", sebab aku sangat stress diasak dengan pertanyaan "harini dapat job tak?" "ada respond tak daripada mana2 jabatan?" daripada boss. Hampir setiap hari. 

Sebab apa aku stress? aku lah serve customer, aku lah pegi production house uruskan baju customer, aku lah yang cari sales. Orang lain nampak aku boleh multitasking, tapi tak semudah itu. Di situlah di mana kelemahan aku mula terlihat. 

Fast forward, setahun berlalu. Tepat setahun aku menjadi budak "sales", aku decide untuk tukar jawatan aku ke jawatan lain. Sebab? aku tak tahan. Aku dengan sendirinya men'downgrade'kan diri aku sebab aku lebih prefer kesihatan mental dan fizikal daripada duit. Memang gaji budak "sales" tinggi tapi kerjanya pun mencabar. Tak semua orang boleh buat termasuk aku. Aku mengaku kalah.

Masuk tahun ke 4, bulan April 2024..aku bermula dari bawah semula. Alhamdulillah, itu pun satu rezeki juga kan? aku sekarang memegang jawatan sebagai Supervisor Production. Nampak macam hebat kan? tapi hakikatnya gaji basic je huhu. 

Alhamdulillah, sekarang hidup aku lebih tenang (buat masa ni) dan lebih teratur. Aku lebih suka circle aku yang sekarang, masing-masing saling memahami dan saling bekerjasama. Alhamdulillah semuanya okay. Moga mental aku terus kuat untuk hadapi semua. 

Tu je cerita yang aku nak kongsi, ada masa lagi aku cerita lagi. Umpama diari la kan? hehe. Till next time semua <3

Wednesday, 20 November 2019

NOPAL LALAT

assalamualaikum, hai semua. setahun dah tak tulis blog busy betul sis hahahaha padahal ada je masa nak tulis sebenarnya. well, sebenarnya sis dah lupa yg sis ada blog hahahaahah. and now banyak gila story nak update kt sini. even aku update kat blog pon sape je baca kan hahahha. 

so yeah, this is my first story about si NOPAL LALAT. i called him nopal lalat because of his taik lalat seketul kat muka ( tepi hidung ) πŸ˜… but cute la juga. kitorg actually dah lama kenal since form 1 but kitorg tak pernah bertegur gais. seriously ! hahahaha. kitorg classmate sampai form 3 je then naik form 4 form 5 kitorg jadi jiran je sebab kelas sebelah2 hahaha. okayla nak dipendekkan cerita, alhamdulillah rezeki aku dapat masuk poli kat pasir gudang and guess what si nopal lalat ada juga kat poli tu dia amek course elektrik aku fashion. Masa aku masuk tu dia dah masuk sem 2 sebab dia first intake. Aku dpat yg second intake. takde rezeki nak masuk first intake sama ngan dia ehehehe. our first conversation is kat dalam ig he commented in my picture that i posted masa tgh orientasi. 

bila teringat balik rasa kelakar.. after that, ada satu hari tu aku terserempak ngan dia kat kantin and aku tegur la dia. dia nak tegur dulu? memang takla, haremm hahahaha!! borak2 la sikit time tu tp sekejap je sebab dia ada class time tu. and then kitorg borak2 kat dm ig je sebab yela takde no fon masing2 time tu. ada masa tu kitorg lost contact sekejap je sebab aku pegi uninstall ig berapa bulan tah tak ingat. then aku install balik and nampak dia dm aku. bila tgk dm tu dah lama gila dia sent hahahaahh sorry awakk .. then terus dm dia balik and aku rasa aku kot yg mintak nombor dia hahahaaha bapak berani do ain. yela time tu takde fikir nk ngorat ke apa takde just nak senang sembang je tu yg mintak no fon terus. then teruslahh kitorg berwhatsapp2an hehehe. 

but actually, dalam beberapa bulan kitorg ws tu aku rasa rimas sebenarnya sebab dia hari2 ws aku. dalam hati aku ckp kau tk penat ke hari2 ws aku kacau aku. takde keje ke do ! dulu lah kan sekarang nak ws hari2 memang takdelah. okay sambung... and then suddenly, tetibe dia confess dia suka aku. aku terkejut sikit jee sebab aku tau kenapa dia suka kat aku. dia hari2 ws aku kot pastu yg aku ni jenis melayan je memang dia sangkut la hahahaahhahhahahaha.. so yahh start dari situ kitorg rapat la jugak tapi kitorg tak bercinta pon. just acting like a friend sampai sekarang. pejam celik kitorg jadi kawan rapat dah setahun sebulan. kenal 6 tahun lebih tapi rapatnya baru setahun sebulan. 

bila aku fikir balik, cantik sangat aturan masa dan perjalanan kitorg berkenalan yg Allah aturkan. aku rapat dengan org yg aku tak expect langsung. kawan classmate sendiri masa sekolah pula tu. Allahuakbar, terima kasih Allah.. 

aku bersyukur sangat Allah pertemukan dengan aku orang yang sangat baik sampaikan aku rasa aku langsung tak layak berkawan dengan dia. setiap kali aku berdoa, nama dia takkan pernah tinggal. sungguh aku cakap, aku sayang dia kerana Allah Taala. Dia sangat positive dan selalu bawak positive vibes. aku suka dengan cara dia. 

aku tak minta banyak, semoga Muhammad Aniq Hadif adalah orang yg terakhir untuk aku. aku dah penat nak kenal orang baru, aku dh penat rasa diseksa. To be honest, dialah calon suami yg aku idamkan. Semoga Allah permudahkan urusan si dia dan juga aku. Insyaallah kalau ada jodoh, ke jinjang pelaminla kami. Aamiin Ya Allah. Doa yg baik2 saje. 


Kpd Muhammad Aniq Hadif, thankyou untuk semuanya. Saya doakan awak dipermudahkan segala urusan. Kalau betul awak ada niat untuk menghalalkan saya, saya akan sentiasa sokong dan doakan awak. Kita sama2 lalui hidup masing2, cari rezeki dulu untuk keluarga dan diri sendiri. Saya ingat, awak sendiri cakap yg Insyaallah kalau ada jodoh rombongan akan sampai ke rumah. Bila awak dah start cakap pasal kawen, saya rasa takut sebenarnya, takut awak bukan jodoh saya, takut saya terlalu berharap pada awak. Saya tak nak cakap lebih2, doakan la yg baik2 untuk kita berdua. Semoga Allah permudahkan urusan kita. Tbh, awakla orang yg paling saya hargai after my parents. Semoga awak dan seluruh keluarga berada di dalam lindungan Allah. Semoga Allah jagakan awak, jagakan hati awak untuk saya. Jaga diri awak, my soulmate/bestfriend/enemy/ Insyaallah future husband. Aamiin Ya Robbal Alamin. πŸ’–πŸ’–πŸ’–


#AHAI πŸ’˜  
 

Saturday, 8 September 2018

My limited time

assalamualaikum hai everyone. Lama tak tulis dalam blog which is memang banyak sebenarnya yang aku nak luahkan kat sini.

Firstly, stress/depression.
Aku amek course fashion. Bila aku dah start masuk sem 2 aku jadi makin busy sebab? Nak kejar masa. Sem 2 masa singkat je weh 4 bulan je. Memang kena catch up habis. Kalau tertinggal memang bye2 lah jawabnya. Assignment yang terlalu banyak sampai aku rasa penat sangat aku nak give up nak berhenti belajar. Pernah terdetik dalam hati nak berhenti sebab stress sangat. Nak kena settlekan kerja yg terlalu banyak. Dengan nak hadap perangai lecturer dengan groupmate kdg2 serupa taik, talam duka muka. Sampai satu tahap aku dah tak boleh tahan aku just nangis jela mampu aku buat. Itu benda yg paling aku tk suka. Nangis sebab tak tahan lama sangat pendam marah semua tu. Korang bayangkan lah, almost every weekend aku tgk ada je student yg keluar jalan2. Jealous nak mampos dohh!! Aku dah muak tau tak dok hi10 tu lama2, jarangla weh aku keluar berjalan just because of kerja yang banyak nak mampos haish sumpah aku takleh chill. Aku tk faham lah cane budak lain boleh rileks je keluar berjalan sedangkan keje dia sama je dgn aku banyaknya, classmate je pon. Adakah kerja2 dia semua dah siap or dia tinggalkan keje dia semata mata untuk berfoya2 kat luar? But seriously salah satu punca kenapa aku selalu stress is aku selalu fikir pasal kerja sampai serabut otak aku and hati aku tk tenang langsunggggggg!! Aku tkleh chill la siak pehal tah. I need my oldself 😭😭😭😭😭😭 i want my unlimited time πŸ˜­πŸ˜­πŸ’”

Sunday, 8 April 2018

Rindu yang terlalu sakit.

When you are starting to miss someone, you will remember everything abt them. All the memories will be shown up. That was the saddest moment.

Yes, i miss someone right now. I miss to talk to him. Want to share everything to him. I miss to chat with him until dawn. Chatting abt something funny, abt ourself, our life, our surrounding and everything. I miss his voice especially when he sing a song to me. Masyaallah so nice πŸ’” at that time, i was so totally grateful because i met him even though not in reality only in social media but his characters, attitude made me thinks that he is the one. Umpama macam doa aku selama ni dah makbul. Fuhh

But, everything change after we had split after spm just because of stupid reasons and i cant accept that. But i dont mind. Maybe Allah sent him to me just to remind me, tak semestinya orang yang kita sayang, yg kita rasa yakin yang dia akan jadi milik kita one day, he will be yours. When Allah said no, it's no. Allah showed me his true colours. What he did behind me and everything. When something happen like this, Allah helps me to find myself back, to find Allah back. I was too love someone until i forgot Allah. Astaghfirullah. πŸ’”

Thank you Allah for reminds me. Aku sedar kalau aku masih bersama dia mungkin aku akan terus hanyut tiada pengakhiran. Allah tinggalkan sedikit kenangan untuk aku supaya bila aku rindu aku akan ingat balik semua memori tu. And now i realise that i have made a good choice. πŸ’š

Pengalaman mematangkan fikiran. Perkara yang lepas jadikan tauladan dan jangan sesekali ulangi kesilapan yang sama. Berubah ke arah yang lebih baik Insyaallah. 😊🌹

Jangan pernah putus asa untuk mencari dan berdoa kerana Allah pasti akan perkenankan suatu hari nanti. Yang penting usaha doa tawakkal πŸ’Œ

Saturday, 7 April 2018

Bestfriend Emotion.

Assalamualaikum and gdnight everyone. Alhamdulillah diberi kesempatan lagi utk menulis malam ni. Now tengah cuti sem and i have a lot of time to write a story hehe lav it! πŸ’š

Tonight special sikit sebab i will boldly share about my friends emotion and feelings toward me. Stay tune πŸ”₯

Okay first : read this conversation carefully

Okay, this was on his 19th birthday and i was asking him what plan will he do in future and there he go. Just out of the blue he said something that i was definitely being shocked! I didnt see that coming, serious talk. But i'm pretty sure that he is truly sincere with his own feelings. Because? I can feel his feelings toward his writing. Be honest, i didnt expect that he will say like that cause i just think that we're just friends. I'm no longer accept anyone as my boyfriend or best boyfriend except him HAHAHA i dont know why. Maybe cause we're know each other for 15 years already. Yaa quite long time huh πŸ˜‚ sangat jarang nampak dia cakap benda2 pasal kawen sampai macam ni sekali. Aku terharu sebenarnya bila dia ada niat, ada hasrat utk jadikan aku milik dia. Alhamdulillah. Cuma yang buat aku takut, kitorg mungkin takde jodoh mungkin ada jodoh. Wallahualam. Who knows Allah plans right? But, aku fikir positif je. Kalau ada jodoh. Alhamdulillah. Kalau takde, kitorg tetap akan jadi kawan baik sampai bila2. Kan dil? πŸ’Œ

Okay next story! Hehe 


This was when i upload my picture with my new male friend and after only a few seconds he suddenly reply my ws status and said " dah ada calon ke?" Hahaha ayat perli πŸ˜‚ then we were chatting abt my picture and dengan sengaja aku tanya "kau jeles ke?" And jawapan dia "tak jeles pun". Alah ingat aku stupid haha aku tau dia jealous πŸ˜‚ first time aku dapat tau dia jealous macam mana oh god ! Why selama aku couple ngan dia tak pernah tgk dia macam tu hahaha. Bila tengok balik chat tu i was like " wehh cute nya dia jealous .. tapi menyakitkan hati " Hahahahaa sorry dil aku terpaksa jujur πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚  but now aku dah tau la tahap jealous dia cemana hahaha quite okay2 jela masih boleh dikawal dan dipujuk alahh πŸ˜‚ 


Every moment kitorg chat yg paling aku ingat adalah 2 conversation kat atas tu. Manis, pahit, and kelakar hahahaπŸ˜‚πŸ˜… pls dont be such a cute person kalau jealous weh even kalau kau post ganbar dgn perempuan pon aku tkdela teruk sangat jelesnya macam kau dil hahaha. Whatever it takes, dont take me for granted okay sayang πŸ˜ŠπŸ˜— 

Aku selalu doa kalau kita ada jodoh, one day mesti Allah akan satukan kita cuma cepat atau lambat je. Ready tak ready je haa gitu πŸ˜‚ apapon, benda paling penting focus on your life first. Kerja dulu, enjoy your new life as adults. Bila dah kawen nanti everything will be totally change. You will have a heavy responsibilities to take. Be serious in this matter. 

Be honest, aku rasa terharu bila ada orang yg betul2 sayang aku. Umpama kata2 aku selama ni dah jadi kenyataan. Aku nak orang yg sayangkan aku lebih drpd aku sayangkan org tu. Insyaallah ada jodoh adalah. Doa baik2 cakap yg baik2. May both of us will stay forever maybe as husband and wife or just bestfriends until our last breath. Nothing much to say. Thank you for sharing your love with me even though we're not couples. I will not forget every single words that you said to me in our conversations. Iloveyou dil πŸ’ŒπŸ’š 

Sincerly, from your bestfriend🌹 

Monday, 22 January 2018

Sahabat

Assalamualaikum. Long time no see πŸ’Œ
Harini just nak share apa yang aku rasa towards someone. Simple je malas nak type panjang2 hehe

Okay firstly, dia seorang yang baik. Kenapa aku anggap dia baik? Sebab selama aku kenal dia, dia tak pernah buat jahat kat aku, sentuh aku pun tak alhamdulillah dah boleh buat calon suami HAHAHA lol. Tapi biasa lah lelaki kan takkan lepas daripada main game, konvoi motor dengan member macam2 lah. Pada aku semua tu biasa. Remaja akan lalui semua tu. Bila dah besar insyaallah diorang berubah. Bila agak2 dia nak berubah? Focus pada masa depan sendiri? Depends on himself lah. Ada setengah orang bila dia dah sambung belajar dah kerja baru dia nampak matang. Dulu mat rempit bila dah pandai cari duit buat bisnes apa semua tak kisahla apa pun janji HALAL ye, dia lebih ke arah kemajuan. Diri dia dah maju la. Dia tak pandang lagi zaman jahiliah dia hahahah πŸ˜‚ harap2 begitulah dia nanti, AamiinπŸ’•

Jujurnya, aku tak mengharapkan dia untuk jadi kekasih mahupun suami untuk aku one day soon. Cukuplah sekadar kami hanya berkawan baik. Untuk umur yang sebegini muda (19thn) rasanya masih terlalu awal untuk fikir soal jodoh. Masih perlu perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik untuk diri sendiri dan juga orang lain. Masa sekolah memang aku selalu cakap " taknak aku kawen awal2. Umur 30 baru kawen lah". Okay bila aku fikir balik apa yang aku cakap tu it was true actually. Kalaulah Allah dah tentukan jodoh aku sebelum umur 30 aku terima tapi kalau Allah dah tentukan jodoh aku dengan maut, wallahualam aku berserah padaNya.

Bila dah besar ni, dah boleh fikir jauh pasal kehidupan. Nak ada harta, nak ada kerja, kerjaya, jaga ibu ayah sampai diorg tutup mata, semualah tapi bab jodoh memang aku tolak tepi sebab itu tak berapa penting. My priority is family, i can find a man whenever i want if Allah bless it. Faham? Hahahaha. Bukan apa, aku dah malas nak bercinta. Sekarang konsep aku, BERCINTA SELEPAS NIKAH gituu sweet tak? HaabahahahaπŸ˜‚πŸ˜‚ tak kisahla dengan siapa pun aku dijodohkan yang penting dia baik boleh bimbing aku ke syurga insyaallah aamiin.

Tapi sebenarnya dalam hati ni dah malas nak kenal dengan orang lain. Nak yang lama je sebab apa? Sebab yang lama lah cinta pertama dan terakhir hahahaha walaupun dulu cinta kami hanya cinta monyet tapi alhamdulillah sampai sekarang kitorang jadi kawan baik. Kalau kenal yang baru nak kena kenal dari mula. Kalau yg lama nak kenal lagi buat apa dah memang membesar sama2 kan so go on je la hahahaha insyaallah kalau ada jodoh. Aku taknak dia berharap aku taknak dia bagi hati dia kat aku takut aku hancurkan hati dia. Contoh : dia dah ada niat nak kawen dengan aku tapi last2 jodoh aku dengan orang lain lalu dia pun frust menonggeng hahahahaba tak mo lah camtuπŸ˜‚πŸ˜‚ thats why aku amek langkah berjaga2 supaya tak tersilap langkah lagi.

To my sahabat, dear A. Tak kisahlah kau jodoh aku ke tak aku akan tetap sayang kau sampai bila2. Kau kawan, abang/adik, musuh aku hahahaha selamanya kita tetap bersama Insyaallah. I will always be by your side insyaallah. Aku sentiasa support kau dari belakang. Sentiasa bagi semabgat kat kau kalau kau tengah down. Haih aku jarang sweet2 macam ni sumpah geli haha tapi percayalah apa yang aku tulis malam ni memang ikhlas dari lubuk hati aku yg jujur ni (ceh) πŸ˜‚ walaupun aku tak pernah nampak kau sweet2 macam yg aku buat ni tapi aku percaya memori2 kita yg kita dah lalui selama ni lagi sweet HAHAHAA okay dah Sayang kau sahabat❤😘

Wednesday, 1 November 2017

ANDAI DAPATKU UNDUR MASA

AssalamualaikumπŸ’š feels good to be back in writing again...

aku baru lepas tengok web drama korea. Title "somehow 18". episod dia tak banyak tapi agak sedih sebab cerita ni pasal kawan and family but more to friendship to someone that we love. Sanggup patah balik masa untuk betulkan keadaan sebab taknak orang yang dia sayang mati. Dan akhirnya. dia dapat ubah masa lalu tapi orang yang dah bertukar. "past life can be changes, but it could be different actors". Bila dah habis tengok web drama tu, aku terus rasa rindu dengan seseorang yang aku pernah benci dan sayang tapi dia dah pergi buat selamanya. Kalaulah aku dapat tau dari awal dia sakit, mesti aku buat baik dengan dia kan? tapi malangnya, penyakit dia tak boleh diubati. It was not my luck to spend my life with him. Aku dapat tau dia ada penyakit leukimia masa kitorg sama2 darjah 6. Dia kadang2 keluar masuk hospital buat check up. Tapi aku rasa aku yang terlalu stupid sampai aku tak tau langsung yang penyakit leukimia tu boleh bawa maut. Masatu aku ingat penyakit tu cuma penyakit biasa je. Haihh bodoh kan aku?

Aku teruskan hidup dengan minda yang tah kemana. Kalau lah aku ada kuasa untuk aku patah balik masa, aku nak jumpa dia, aku nak bagitahu dia yang aku rindu dia sangat. Rindu yang tak dapat digambarkan. Aku nak minta maaf dengan dia sebab pernah buat dia sakit hati, buat dia nangis. Ya Allah berdosanya aku... aku tak sempat minta maaf dengan dia walau sekali. Rasa bersalah tetap ada sampai sekarang. Takkan pernah hilang dalam diri ni. Dulu masa sekolah rendah, kawan lelaki yang aku rapat ada 2 je. Arwah Ahmad dengan Aidil. 2 orang ni la yang selalu buat hidup aku happy walaupun kadang2 menyakitkan hati tapi kenangan semua tu la paling aku rindu. Gelak sama2, nangis, gurau kasar, semua aku rindu..

Aku dapat tau dia meninggal sebelum pergi sekolah. Ada orang hantar sms(maybe ahli keluarga) kata dia dah meninggal. Aku tak dapat tahan air mata. Aku terus nangis tanpa diketahui oleh ibu ayah. Apa yang buat aku terkilan sangat, aku tak dapat tengok arwah buat kali yang terakhir. Mungkin takde rezeki. Sampai sekarang aku tak tau mana kubur arwah. Teringin sangat nak pergi rumah kedua dia. Nak bercakap dengan dia puas2 seolah2 dia ada, lepaskan rindu..

Aku rindu cara dia bergurau kasar, cara dia pujuk aku kalau aku merajuk. Everything about him sumpah aku rindu. Before dia meninggal kitorg ada jugak contact tapi kat fb je. Conversation yang singkat. Dia pernah cakap yang dia dah pindah sekolah, dia pindah sekolah kat KL. Kecewa and sedih mesti ada. Tapi rupanya, dia nak pindah ke tempat yang lebih baik dari dunia ni. Subhanallah Mad, kenapa kau tak cakap dengan aku yang kau hampir nak pergi? kenapa aku kena dapat tau selepas dia dah takde?! Hati aku tak tenang langsung..

Tapi, walaupun aku diberi peluang untuk patah balik masa, aku takkan dapat halang dia daripada pergi dari dunia ni, tapi aku pasti akan ada dengan dia sebelum dia pergi. Aku nak luangkan masa dengan dia sebelum dia pergi. Buat semua benda dengan dia...aku taknak sedih malam2 ni, aku taknak buat arwah risau. Biar arwah tenang kat sana. Aku yakin arwah tengah happy sekarang kat syurga Allah sana, kan Mad? πŸ’–

Biarlah rindu aku pendam sendiri. Takde sape akan faham macam mana rindu aku pada kau Mad. Aku harap kau tenang kat sana. Doakan aku dapat jumpa kau eh Mad? Insyaallah kalau ada rezeki aku jumpa kau. Sayang kau sahabat dunia akhirat πŸ’– Kita contact dari jarak jauh je ya..☹

Aku dah lama nak tulis semua ni tapi aku takut aku tak mampu, tapi malam ni aku gagahkan juga diri untuk aku tulis apa yang terpendam lama dalam hati. Akhir kata, Kenangan tidak boleh dipadam walaupun orang yang ada dalam kenangan itu sudah tiada...

Al-fatihah..
Arwah Ahmad NurFadli Shah.
24/8/1999 - 28/7/2013 ☹